Saturday, 7 November 2015

SURAT MAKLUMAN UNTUK IBU BAPA & PENJAGA

              Berikut adalah surat makluman untuk ibu bapa & penjaga mengenai tarikh-tarikh cuti dan hari persekolahan. Diharap ibu bapa & penjaga murid-murid dapat mengambil perhatian mengenai tarikh-tarikh penting yang telah dicatatkan.



MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 KALI KE-2

            Satu Majlis Graduasi Tahun 6 Kali ke-2 telah diadakan di Dewan Ibnu Sina, SK Taman Universiti 2 pada hari Rabu, 4 November 2015 yang lepas. Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid Tahun 6 sepanjang persekolahan mereka di sekolah rendah dan seterusnya untuk menyuntik semangat mereka untuk mencapai kejayaan cemerlang di peringkat yang lebih tinggi. Berikut adalah beberapa foto menarik yang sempat dirakam sebagai kenangan.


Sunday, 1 November 2015

HARI PERKHEMAHAN 2015

Perkhemahan Unit Beruniform pada tahun ini telah dijalankan pada 29.10.2015 hingga 30.10.2015
di kawasan sekolah. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan untuk mengisi program perkhemahan pada kali ini. Berikut adalah gambar-gambar menarik yang sempat dimuatkan di sini.

SELAMAT BERSARA CIKGU SUHANAH





Kami, warga pendidik dan staf SK Taman Universiti 2 mengucapkan Selamat Bersara kepada Puan Suhanah binti Boyamin. Beliau telah berkecimpung di alam pendidikan ini sejak 30 tahun yang lepas. Beliau juga telah berkhidmat di SK Taman Universiti 2 sejak tahun 1998 hingga 2015. Banyak sungguh jasa dan bakti beliau selama ini yang tidak dapat kami balas. Semoga Allah mengurniakan rezeki dan kesihatan yang baik kepada beliau sekeluarga.  Terima kasih Cikgu Suhanah!

Wednesday, 7 October 2015

Friday, 11 September 2015

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2015

Kami warga pendidik dan semua staf SK Taman Universiti 2 mengucapkan selamat menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) 2015 kepada semua murid-murid tahun 6. Semoga  mendapat keputusan yang cemerlang.




MAJLIS SERAH ILMU 2015

Pada hari Ahad, 6 September 2015 yang lepas, telah diadakan satu Majlis Serah Ilmu 2015 untuk murid-murid tahun 6. Majlis ini bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang sentiasa menghormati dan menghargai jasa-jasa guru, memohon doa restu dari guru-guru sebelum murid-murid ini menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Diharap agar majlis ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T dan seterusnya murid-murid berjaya mendapat kecemerlangan dalam UPSR 2015.